Sebenarnya,sedar tak sedar remaja sekarang even budak-budak pown memang dah pandai berkapel sekarang..memang tak nafikan...kadang-kadang hubungan tu berjaya sampai ke gerbang rumahtangga tapi kita kena ingat.bukan semua hubungan tu berjaya.kebanyakannya hanya tersadai di pertengahan jalan.Kalau sekadar tersadai seperti sediakala,xpela..tapi kalau tersadai,yang perempuan tu dah berisi,siapa yang nak tanggung.
Sebenarnya,hukum berkapel nie dah jatuh sebagai haram berikutan kapel ni di anggap menghampiri zina.saya tau tak semua yang jadi macam tu,tapi mampukah kita bertahan dengan godaan syaitan.Iman para sufi pun boleh dimusnahkan oleh iblis dan syaitan dengan sekelip mata saja..Pada zaman dahulu,memang ada seorang ahli sufi yang rajin beribadat kepada Allah,tapi satu hari Allah nak menduga iman ahli sufi ni,Allah izinkan syaitan menjelma sebagai ahli ibadat.maka ahli sufi ini dan ahli ibadat ini memang khusyuk beribadat.tapi apabila ahli sufi ini berhenti sejenak,dia dapati ahli ibadat ini tetap meneruskan ibadat.Ahli ibadat itu tidak makan dan tidak minum untuk beberapa hari.Lantas ahli sufi ini bertanya kepada ahli ibadat yang sebenarnya syaitan itu,bagaimana kamu boleh beribadat dengan tekun dan khusyuk dengan tidak makan dan tidak minum untuk beberapa hari? Apakah amalan kamu?
Kemudian ahli ibadat/syaitan itu menjawab,saya baru bertaubat dari membuat dosa.saya dah insaf dan benar-benar ingin bertaubat..Jadi sebab itu saya tetap ingin meneruskan ibadat supaya Allah mengampuni dosa saya.Jadi,awak mesti membuat satu sahaja dosa besar dan kemudiannya awak bertaubat dan saya cadangkan awak minum arak.Lantas ahli sufi itu meminum arak dan tidak sedar dia telah mabuk dan dia ternampak seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang.Lantas dia telah berzina dengan wanita itu.Beberapa bulan kemudian wanita itu datang dan menuntut ahli sufi itu bertanggungjawab atas anak itu,lantas wanita itu dibunuh oleh ahli sufi tersebut..Berita ini diketahui umum lantas ahli sufi dikenakan hukuman bunuh.Sebelum dihukum pancung,syaitan yang menjelma sebagai ahli ibadat ini datang kepada ahli sufi,lantas menyuruh ahli sufi itu mengaku yang ahli ibadat itu Tuhannya sekiranya dia mahu terlepas dari hukuman tersebut..Lantas dia mengakui bahawa ahli ibadat itu Tuhannya.Sekelip mata,kepalanya telah dipancung ketika dia baru saja habis mengakui syaitan itu Tuhannya.Lantas,mati laa dia di dalam kekafiran.Sedarlah,iman kita dengan ahli sufi jauh sekali perbezaannya tapi iman ahli sufi pun mampu di goyahkan iblis dan syaitan sekiranya kita termakan hasutannya..
Makhluk yang bernama syaitan dan Iblis Laknatullah ni dah terlampau banyak pengalaman dalam menghasut manusia sejak dari zaman Nabi Adam A.s lagi..So,memang kita cakap kita mampu mengawal nafsu kita..ya..memang betul kita mampu...tapi untuk seketika sahaja..Bermula dari mesej dan calling2,lepas 2 hati mula laaa nak jumpa..lepas tu makin melarat dan sampai laa kepada terlanjur...sebab tu la semakin banyak anak luar nikah telah dilahirkan dan yang kejamnya pulak sampai buang anak yang tak berdosa tu..sampai mati..Saya nak kongsi sikit laa ilmu ni..tau tak setiap bayi yang mati dalam keguguran dia akan bawa beberapa orang dari famili dia untuk masuk syurga termasuk ibu dan ayahnya kat akhirat nanti..so,bila korang bunuh?
Anak tu tak akan mengaku yang korang ni ibu bapa dia,malah dia akan laknat korang sebab tak bagi peluang untuk dia hidup tambahan lagi korang tu tak berkahwin lagi..so lagi teruk laaa korang kene dekat padang mahsyar..nauzubillah...
SO,sebagai langkah selamat,better tak payah la kita nak berkapel-kapel ni..bercinta selepas kahwin lagi best...dia akan buat perkahwinan korang lagi bertambah sweet dan insyaallah akan berkekalan..mungkin akan ada orang yang cakap,perkahwinan yang diaturkan keluarga tu dah ketinggalan zaman,sebenarnya tak..segala aspek-aspek yang ada dalam Islam semuanya dah diaturkan dengan baik dan sempurna sekali oleh Allah yang di sampaikan oleh pesuruhnya,junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..Jadi,better kita ikut ja..Islam agama yang suci,yang indah..kerana Allah itu cantik dan Allah sukakan benda yang cantik..Sebab itu Islam itu cantik...
Jadi,kalau ada kekurangan di mana-mana,silalah berkongsi dengan saya...saya manusia biasa..Yang baik itu datang dari Allah,yang lemah itu datang dari diri saya sendiri dengan izin Allah..